Monday, May 20, 2013
Inovasi dan perubatan 2
SMART Belt

Kejadian sawan di waktu malam kadang-kadang adalah sesuatu yang merbayaha lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak kerana mereka terdedah kepada kecederaan dan komplikasi sawan yang lain seperti sukar bernafas dan sebagainya.Hal ini kerana sawan sering kali berlaku tanpa tanda awal yang ketara dan apabila berlaku pada waktu malam,ibu bapa tidak menyedari bahawa anak mereka diserang sawan dan memerlukan bantuan.
Alat yang dikenali sebagai tali pinggang SMART (Seizure Monitoring and Response Transducer) ini mempunyai dua elektrode silver chloride yang boleh mengesan sebarang berubahan saraf yang berlaku pada kulit dan mempunyai sensor yang dapat monitor pernafasan.Dengan berpandukan kedua aspek ini,jika ada sebarang perubahan seperti kenaikan kadar pernafasan dan perpeluhan pada kulit, tali pinggang smart ini akan terus menghantar data dan pesanan kepada penjaga atau ibu bapa untuk tindakan segera
TrueCPR


Proses CPR jika dilihat dengan mata kasar mungkin senang untuk difahami namun hakikatnya ia susah untuk dipraktikkan lebih-lebih lagi jika tanpa kelayakan khas.Komplikasi seperti patah tulang selangka kerap berlaku di kalangan pesakit disebabkan tekanan berlebihan dan terlalu kuat diberikan semasa melakukan CPR.Alat yang diberi nama TrueCPR ini berfungsi sebagai panduan kepada paramedik,jururawat terlatih dan doktor untuk CPR yang effektif tanpa mencederakan pesakit kerana ia mempunyai sistem yang boleh mengukur kadar dan kedalaman tekanan pada dada secara tepat
Re-Timer

Di kenali sebagai Re-timer,alat ini terdiri daripada sepasang goggles dan dipasang dengan empat lampu hijau yang akan meransang cahaya semula jadi di sekeliling dan secara tidak lansung menyebabkan penguna akan mengantuk awal dan mempengaruhi ritma tidur itu kembali kepada asal.Ia boleh dipakai pada bila-bila masa yang dikehendaki,bergantung kepada masa tidur yang diperlukan oleh pengguna, Perlu dipakai selama 50 minit sebaik sahaja bangun tidur
.
Smart Wound Dressing

para pengkaji di universiti Bath di UK telah mengilhamkan satu inovasi yang dipanggil sebagai "smart wound dressing" Walaupun dengan teknologi perubatan yang canggih sekarang ini kita masih tidak dapat mengelak masalah 'opportunistic infection'.Lebih-lebih lagi kepada pesakit yang memerlukan dressing pada luka yang besar seperti terbakar,kemalangan dan kanak-kanak yang lazimnya mempunyai imun rendah.teknologi baru ini mengunakan sejenis dye fluorescent khas yang dicipta khas sebagai penunjuk kehadiran bakteria.Dye hanya akan dilihat dengan mata kasar apabila ia bertindak balas dengan toksik bakteria.
Inovasi dan perubatan 1
Vein Finder

Sama ada tusukan kecil di hujung jari mahupun suntikan jarum di lengan, tiada siapa pon diantara kita yang menyukai jarum.Tapi semua ketakutan ini mungkin akan hilang dengan teknologi yang baru diperkenalkan sebagai TAP ini.Kesakitan sifar kelihatan cerah dengan teknologi ini.Lebih-lebih lagi bagi pesakit yang memerlukan suntikan hampir pada setiap hari seperti pesakit diabetes, ini adalah satu berita baik kepada mereka. Alat ini masih mempunyai jarum,dan ianya adalah jarum sebenar.Namun dalam skala yang sangat halus iaitu setebal bulu mata manusia.Secara tidak lansung dapat mengurangkan kesakitan kepada pesakit.
Combat Ready Clamp (CRoC)
Vitalograph
Vitalograph ini direka dan dihasilkan untuk menyokong pesakit yang menghidap asma atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD).Salah satu masalah bagi kebanyakan pesakit,mereka tidak menggunakan inhaler dengan cara yang betul.Oleh yang demikian,alat vitalograph ini telah direka dengan ciri-ciri stimulasi untuk tujuan pembelajaran yang betul disamping melatih pesakit untuk belajar kaedah pernafasan yang betul supaya ubat sampai ke paru-paru.Selain itu juga,alat ini membantu pesakit untuk memantau fungsi paru-paru mereka dirumah.
mengambil sampel darah atau untuk memasukkan jarum IV di kalangan kanak-kanak dan warga tua adalah perkara yang agak merumit kan.Lebih- lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kurang pengalaman kerana salur darah mereka sukar untuk dikenal pasti kedudukannya.Dengan inovasi peralatan AccuVein AV300 ini,ia menolong memudahkan kerja-kerja staff kesihatan untuk mengenal pasti kedudukan salur darah, mengambil sampel,derma darah,dan infusi cecair.Alatan ini berfungsi dengan hanya memancarkan paten cahaya keatas kulit pesakit dan kedudukan salur-salur darah akan dapat dilihat.Alat ini sangat membantu kerana ia ringan,mesra alam dan senang di gunakan.Malah ia mudah alih dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.
Videolaryngoscope
Videolaryngoscope

Lazimnya paramedik adalah pakar dalam memasukkan tiub pernafasan pesakit dalam keadaan kecemasan dan memerlukan praktikal khas.Namun dalam sesetengah situasi dan keadaan anatomi pesakit yang menyulitkan proses kemasukan tiub pada kedudukan yang betul dan. Alat Videolaryngoscope ini telah digunakan secara meluas dikebanyakan hospital luar negara khususnya pakar bius di dewan bedah.Alat ini bertujuan menolong memudahkan proses memasukkan tiub pernafasan pesakit kerana ia dilengkapi video kamera digital HD serta monitor mudah alih.Ia boleh merakam imej digital kemasukan tiub endotracheal dan menolong memastikan ia di kedudukan yang betul.Oleh yang demikian,paramedik mahupun doktor tidak lagi perlu memanipulasi kedudukan tiub tersebut untuk memastikan kedudukan yang tepat dimana ianya mengurangkan kerengsaan salur pernafasan dan mengelakkan trauma kepada pesakit semasa proses intubasi.
TAP
TAP

Sama ada tusukan kecil di hujung jari mahupun suntikan jarum di lengan, tiada siapa pon diantara kita yang menyukai jarum.Tapi semua ketakutan ini mungkin akan hilang dengan teknologi yang baru diperkenalkan sebagai TAP ini.Kesakitan sifar kelihatan cerah dengan teknologi ini.Lebih-lebih lagi bagi pesakit yang memerlukan suntikan hampir pada setiap hari seperti pesakit diabetes, ini adalah satu berita baik kepada mereka. Alat ini masih mempunyai jarum,dan ianya adalah jarum sebenar.Namun dalam skala yang sangat halus iaitu setebal bulu mata manusia.Secara tidak lansung dapat mengurangkan kesakitan kepada pesakit.
Combat Ready Clamp (CRoC)


Combat Ready Clamp (CRoC) ataupun juga dikenali sebagai clamp tempur sedia guna.Alat ini sangat berguna dan berfungsi untuk mengawal pendarahan semasa berperang apabila berlaku kecederaan.Hal ini adalah kerana pengawalan pendarahan awal adalah sangat penting dan merupakan situasi kecemasan dan menentukan hayat seseorang itu.CRoC ini boleh diaplikasikan kurang dari satu minit dan berfungsi di kebanyakan bahagian anggota badan apabila ketiadaan peralatan perubatan yang lengkanp dan tekanan manual yang tidak mencukupi.Malah ia direka dengan ciri-ciri khas untuk mengelakkan ianya tergelincir semasa atau selepas proses memasang serta ia mesra pengguna.
PulseOx 6100
PulseOx 6100 adalah pengukur kadar saturasi oksigen pada pesakit.Ia bersaiz kecil serta telah dipatenkan dengnan algoritma yang dikenali sebagai reflective Pulse oximetery dimana algroritma ini megurangkan ralat/artifak yang disebabkan oleh pergerakan dengan membuang sensitiviti pergerakan.artifacts
- Attractive and robust design
- Reka bentuk yang menarik
- Didatangi dengan teknologi Autospot untuk kurangkan ralat pergerakan
- Tolerasi kepada pemakaian pengilat kuku
- kurang pengunaan bateri
- Auto-off
- LCD panel yang senang dibaca
- Keupayaan menyimpan bacaan
- Dikilangkan berdasarkan standard mesra alam (RoHS Directive)
- Dua tahun waranti satu unit dan satu tahun waranti untuk sensor.
Vitalograph
Vitalograph ini direka dan dihasilkan untuk menyokong pesakit yang menghidap asma atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD).Salah satu masalah bagi kebanyakan pesakit,mereka tidak menggunakan inhaler dengan cara yang betul.Oleh yang demikian,alat vitalograph ini telah direka dengan ciri-ciri stimulasi untuk tujuan pembelajaran yang betul disamping melatih pesakit untuk belajar kaedah pernafasan yang betul supaya ubat sampai ke paru-paru.Selain itu juga,alat ini membantu pesakit untuk memantau fungsi paru-paru mereka dirumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)