Monday, May 20, 2013

Inovasi dan perubatan 1

Vein Finder

 


           mengambil sampel darah atau untuk memasukkan jarum IV di kalangan kanak-kanak dan warga tua adalah perkara yang agak merumit kan.Lebih- lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kurang pengalaman kerana salur darah mereka sukar untuk dikenal pasti kedudukannya.Dengan inovasi peralatan AccuVein AV300 ini,ia menolong memudahkan kerja-kerja staff kesihatan untuk mengenal pasti kedudukan salur darah, mengambil sampel,derma darah,dan infusi cecair.Alatan ini berfungsi dengan hanya memancarkan paten cahaya keatas kulit pesakit dan kedudukan salur-salur darah akan dapat dilihat.Alat ini sangat membantu kerana ia ringan,mesra alam dan senang di gunakan.Malah ia mudah alih dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.

Videolaryngoscope
 
Lazimnya paramedik adalah pakar dalam memasukkan tiub pernafasan pesakit dalam keadaan kecemasan dan memerlukan praktikal khas.Namun dalam sesetengah situasi dan keadaan anatomi pesakit yang menyulitkan proses kemasukan tiub pada kedudukan yang betul dan. Alat Videolaryngoscope ini telah digunakan secara meluas dikebanyakan hospital luar negara khususnya pakar bius di dewan bedah.Alat ini bertujuan menolong memudahkan proses memasukkan tiub pernafasan pesakit kerana ia dilengkapi video kamera digital HD serta monitor mudah alih.Ia boleh merakam imej digital kemasukan tiub endotracheal dan menolong memastikan ia di kedudukan yang betul.Oleh yang demikian,paramedik mahupun doktor tidak lagi perlu memanipulasi kedudukan tiub tersebut untuk memastikan kedudukan yang tepat dimana ianya mengurangkan kerengsaan salur pernafasan dan mengelakkan trauma kepada  pesakit semasa proses intubasi.

TAP
New Medical Technology May Eliminate Need For Needles, Shots
Sama ada tusukan kecil di hujung jari mahupun suntikan jarum di lengan, tiada siapa pon diantara kita yang menyukai jarum.Tapi semua ketakutan ini mungkin akan hilang dengan teknologi  yang baru diperkenalkan sebagai TAP ini.Kesakitan sifar kelihatan cerah dengan teknologi ini.Lebih-lebih lagi bagi pesakit yang memerlukan suntikan hampir pada setiap hari seperti pesakit diabetes, ini adalah satu berita baik kepada mereka. Alat ini masih mempunyai jarum,dan ianya adalah jarum sebenar.Namun dalam skala yang sangat halus iaitu setebal bulu mata manusia.Secara tidak lansung dapat mengurangkan kesakitan kepada pesakit.

Combat Ready Clamp (CRoC)


Combat Ready Clamp CRoC Combat Ready Clamp Cleared for Stopping Acute Bleeding
CRoC Combat Ready Clamp for Hemorrhage Control Combat Ready Clamp Cleared for Stopping Acute Bleeding
Combat Ready Clamp (CRoC) ataupun juga dikenali sebagai clamp tempur sedia guna.Alat ini sangat berguna dan berfungsi untuk mengawal pendarahan semasa berperang apabila berlaku kecederaan.Hal ini adalah kerana pengawalan pendarahan awal adalah sangat penting dan merupakan situasi kecemasan dan menentukan hayat seseorang itu.CRoC ini boleh diaplikasikan kurang dari satu minit dan berfungsi di kebanyakan bahagian anggota badan apabila ketiadaan peralatan perubatan yang lengkanp dan tekanan manual yang tidak mencukupi.Malah ia direka dengan ciri-ciri khas untuk mengelakkan ianya tergelincir semasa atau selepas proses memasang serta ia mesra pengguna.

PulseOx 6100


SPO Medical PulseOx 6100 Pulse Oximeter
 PulseOx 6100 adalah pengukur kadar saturasi oksigen pada pesakit.Ia bersaiz kecil serta telah dipatenkan dengnan algoritma yang dikenali sebagai reflective Pulse oximetery dimana algroritma ini megurangkan ralat/artifak yang disebabkan oleh pergerakan dengan membuang sensitiviti pergerakan.artifacts 
  • Attractive and robust design 
  • Reka bentuk yang menarik
  • Didatangi dengan teknologi Autospot untuk kurangkan ralat pergerakan 
  • Tolerasi kepada pemakaian pengilat kuku
  • kurang pengunaan bateri
  • Auto-off
  • LCD panel yang senang dibaca
  • Keupayaan menyimpan bacaan
  • Dikilangkan berdasarkan standard mesra alam (RoHS Directive) 
  • Dua tahun waranti satu unit dan satu tahun waranti untuk sensor. 


Vitalograph 

Software can breathe new life into medical devices

Vitalograph ini direka dan dihasilkan untuk menyokong pesakit yang menghidap asma atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD).Salah satu masalah bagi kebanyakan pesakit,mereka tidak menggunakan inhaler dengan cara yang betul.Oleh yang demikian,alat vitalograph ini telah direka dengan ciri-ciri stimulasi untuk tujuan pembelajaran yang betul disamping melatih pesakit untuk belajar kaedah pernafasan yang betul supaya ubat sampai ke paru-paru.Selain itu juga,alat ini membantu pesakit untuk memantau fungsi paru-paru mereka dirumah.