Monday, May 20, 2013

Inovasi dan perubatan 2



SMART Belt 

SMART Belt Detects Seizures, Calls for Help (VIDEO)

Kejadian sawan di waktu malam kadang-kadang adalah sesuatu yang merbayaha lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak kerana mereka terdedah kepada kecederaan dan komplikasi sawan yang lain seperti sukar bernafas dan sebagainya.Hal ini kerana sawan sering kali berlaku tanpa tanda awal yang ketara dan apabila berlaku pada waktu malam,ibu bapa tidak menyedari bahawa anak mereka diserang sawan dan memerlukan     bantuan.
Alat yang dikenali sebagai tali pinggang SMART (Seizure Monitoring and Response Transducer) ini mempunyai dua elektrode silver chloride yang boleh mengesan sebarang berubahan saraf yang berlaku pada kulit dan mempunyai sensor yang dapat monitor pernafasan.Dengan berpandukan kedua aspek ini,jika ada sebarang perubahan seperti kenaikan kadar pernafasan dan perpeluhan pada kulit, tali pinggang smart ini akan terus menghantar data dan pesanan kepada penjaga atau ibu bapa untuk tindakan segera

TrueCPR 
TrueCPR Coaching Device Physio Controls TrueCPR Device Nearly Guarantees Perfect Chest Compressions (w/video)
Physio Control TrueCPR Coaching Device Physio Controls TrueCPR Device Nearly Guarantees Perfect Chest Compressions (w/video)

Proses CPR jika dilihat dengan mata kasar mungkin senang untuk difahami namun hakikatnya ia susah untuk dipraktikkan lebih-lebih lagi jika tanpa kelayakan khas.Komplikasi seperti patah tulang selangka kerap berlaku di kalangan pesakit disebabkan tekanan berlebihan dan terlalu kuat diberikan semasa melakukan CPR.Alat yang diberi nama TrueCPR ini berfungsi sebagai panduan kepada paramedik,jururawat terlatih dan doktor untuk CPR yang effektif tanpa mencederakan pesakit kerana ia mempunyai sistem yang boleh mengukur kadar dan kedalaman tekanan pada dada secara tepat 

Re-Timer
Re-Timer Sleep Device Helps Reset Your Circadian Rhythm

Di kenali sebagai Re-timer,alat ini terdiri daripada sepasang goggles dan dipasang dengan empat lampu hijau yang akan meransang cahaya semula jadi di sekeliling dan secara tidak lansung menyebabkan penguna akan mengantuk awal dan mempengaruhi ritma tidur itu kembali kepada asal.Ia boleh dipakai pada bila-bila masa yang dikehendaki,bergantung kepada masa tidur yang diperlukan oleh pengguna, Perlu dipakai selama 50 minit sebaik sahaja bangun tidur
Smart Wound Dressing
dressing on arm e1363965871433 Smart Wound Dressing Glows in Presence of Unwanted Bacteria (w/video)
para pengkaji di universiti Bath di UK telah mengilhamkan satu inovasi yang dipanggil sebagai "smart wound dressing" Walaupun dengan teknologi perubatan yang canggih sekarang ini kita masih tidak dapat mengelak masalah 'opportunistic infection'.Lebih-lebih lagi kepada pesakit yang memerlukan dressing pada luka yang besar seperti terbakar,kemalangan dan kanak-kanak yang lazimnya mempunyai imun rendah.teknologi baru ini  mengunakan sejenis dye fluorescent khas yang dicipta khas sebagai penunjuk kehadiran bakteria.Dye hanya akan dilihat dengan mata kasar apabila ia bertindak balas dengan toksik bakteria.